Program Jom Sihat dengan Bekam Sunnah di Surau Ar-Raudhah
18 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini17 Ogos 2024 (Sabtu) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan berkolaborasi dengan Tesbeeh Wellness mengadakan program "Jom Sihat dengan Bekam Sunnah" bertempat di Surau Ar-Raudhah, Apartment Presint 16, Putrajaya. Program ini berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan terbuka kepada semua komuniti setempat.
Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan komuniti kepada manfaat bekam sunnah dan dapat meningkatkan kesedaran kesihatan kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dilakukan adalah termasuk bekam angin (5 cups) secara percuma, diagnosis masalah otot, angin, dan gastrik. Tambahan lagi, kami staf NADI Presint 16 turut serta menyertai program ini bersama komuniti sekitar sebagai salah satu inisiatif menjalinkan ukhwah dengan masyarakat setempat dan mengambil peluang ini untuk bertemu usahawan setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: